KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas enggan mengulas berkenaan penubuhan MPKK di Sarawak.
“Biarlah pemimpin lain mengulas berkenaan dengan isu tersebut,” ujar beliau ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri (MTN) Sarawak semalam.
Kelmarin, Pengerusi PKR Sarawak dan Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata penubuhan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) akan tetap diteruskan di Sarawak mulai tahun depan.
Menurut beliau, MPKK adalah dibawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan yang akan menggantikan JKKK (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung) di seluruh negara.
“MPKK bukanlah seperti jawatan atau tugas sebagai Ketua Kaum atau Tuai Rumah di kampung-kampung atau rumah panjang.
“Setiap peruntukkan projek daripada kerajaan pusat akan disalurkan terus ke akaun MPKK di setiap negeri tanpa sempadan atau melalui kerajaan negeri.
Baru berharap pelaksanaan MPKK di Sarawak tidak dipolitikkan kerana inisiatif tersebut memberi manfaat kepada rakyat khususnya penduduk luar bandar. – The Narrator
Comments