0

Industri minyak dan gas, merupakan tonggak utama kepada sumber pendapatan terbesar negara Malaysia.

Menghasilkan pendapatan yang cukup besar, ini menunjukan kebergantungan pendapatan negara terhadap sektor industri ini sekali gus menjadikan keberadaan sumber ini cukup penting dan signifikan, terutamanya bagi pembangunan fizikal dan sosial negara.

Terdapat beberapa negeri di Malaysia yang terlibat dengan hasil pengeluaran minyak petroleum ini, salah satunya adalah negeri Sarawak.

Sarawak adalah salah satu negeri di Malaysia yang dianugerahkan dengan sumber kekayaan alam semulajadi bawah tanah yang cukup banyak berbanding dengan negeri lain. Kekayaan sumber

alam semulajadi yang dimaksudkan ini adalah sumber minyak dan gas asli yang kebanyakkannya ditemui di pesisiran pantai dan laut dalam.

Namun, selama bertahun-tahun dieksploitasi oleh Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan kerajaan persekutuan, sumber minyak dan gas yang dikeluarkan dari perut bumi Sarawak ini tampaknya tidak memberi pulangan yang setimpal kepada negeri ini yang mana hanya satu pertiga.

PETRONAS menjana pendapatan berbilion-billion ringgit daripada minyak dan gas Sarawak sejak 1974 dan membayar kerajaan persekutuan tidak kurang daripada RM70 billion setahun.

Bukan itu sahaja, terdapat juga laporan berhubung kegagalan syarikat tersebut membayar cukai jualan negeri (SST) produk petroleum kira-kira RM1.29 bilion bagi separuh pertama 2019.

Peranan lebih besar untuk Sarawak dalam industri minyak dan gas

Sehubungan itu, pada tahun 2020, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyatakan pendirian utuh untuk menyaman Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) kerana tidak membayar Cukai SST pada produk petroleum.

Pada 21 November 2020, kerajaan negeri telah memfailkan Writ Saman dan Penyata Tuntutan terhadap PETRONAS di Mahkamah Tinggi Pendaftaran di Kuching untuk mendapatkan semula jumlah yang perlu dibayar.

Ramai penganalisis politik menyifatkan tindakan itu sebagai detik penting kerana Sarawak akhirnya menegaskan diri mereka untuk mempertahankan hak undang-undangnya terhadap sebuah syarikat keuntungan.

Setelah selesainya kes berkenaan di mahkamah, PETRONAS dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) akhirnya telah menandatangani Perjanjian Penyelesaian Komersial (CSA) pada 7 Disember 2020.

Dengan termeterainya perjanjian ini, ia memberi hak kepada syarikat di bawah kerajaan negeri itu untuk mengawal selia dan memantau minyak, perlombongan dan penerokaan di semua kawasan daratan Sarawak.

Perjanjian itu memberikan Sarawak bahagian pendapatan yang lebih besar daripada minyak dan gas yang ditemui dan dihasilkan di negeri ini, penglibatan negeri yang lebih aktif dalam industri minyak dan gas melalui pengurusan sumber minyak dan gas oleh Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan pelaburan oleh PETROS dalam usaha huluan di kawasan luar pesisir.

PENUBUHAN PETROLEUM SARAWAK BERHAD (PETROS)

Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) diperbadankan pada 2017 dan ia merupakan entiti pertama yang ditubuhkan Abang Johari apabila beliau mengambil alih jawatan ketua menteri daripada Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem.

Adalah menjadi aspirasi seluruh rakyat Sarawak untuk melihat dan menikmati sumber asli Sarawak dari segi meningkatkan taraf hidup, kualiti infrastruktur dan kemudahan asas selaras dengan visi menjadikan negeri ini maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.

Oleh itu, PETROS ditubuhkan dengan tujuan memenuhi hasrat ini agar rakyat Sarawak dapat menikmati kekayaan sumber asli di negeri ini.

PETROS, yang diperbadankan pada Julai 2017 dan dilancarkan secara rasmi pada Mac 2018, ditubuhkan untuk menerajui penyertaan kerajaan negeri dalam sektor minyak dan gas.

Memetik kata Abang Johari, sejak penubuhan PETROS ini, ia telah diamanahkan untuk memajukan dan membangunkan usaha Sarawak, termasuk berunding mengenai butiran kedudukan komersial negeri itu dengan Petronas.

Usaha tersebut katanya, memperlihatkan kemuncak kejayaan yang dicapai sehingga membawa kepada pemeteraian Perjanjian Penyelesaian Komersial (CSA) antara Petronas dan PETROS pada Disember 2020.

“Perjanjian itu termasuk penyertaan ekuiti Sarawak dalam operasi luar pesisir dan jaminan bahawa 25 peratus daripada gas negeri diutamakan untuk keperluan domestik Sarawak,” kata Premier itu.

PETROS ANTARA SYARIKAT BERBILION RINGGIT

PETROS sedang menuju ke arah pertumbuhan yang pesat dan pencapaiannya sehingga kini adalah sesuatu yang patut dibanggakan.

Peranan lebih besar untuk Sarawak dalam industri minyak dan gas

Pada tahun 2021, PETROS menjana pendapatan RM1.2 bilion, satu pencapaian cemerlang oleh syarikat yang baru berusia lima tahun. Hari ini, PETROS adalah antara barisan syarikat berbilion ringgit dengan prestasi kewangan yang teguh, malah ia juga mempunyai penarafan RAM Triple-A.

AKTIVITI HULUAN DAN HILIRAN PETROS

PETROS juga telah mengembangkan ekuitinya dalam pangkalan sumber hidrokarbon di mana dalam penerokaan luar pesisir dan ruang pengeluaran. Ia juga mempunyai tiga kontrak perkongsian pengeluaran luar pesisir (PSC) dan tiga PSC penerokaan luar pesisir.

Dalam ruang penerokaan dan pengeluaran darat, PETROS kekal sebagai pengawal selia tetapi juga dengan penyertaan melalui anak syarikatnya Petroleum Sarawak Eksplorasi dan Pengeluaran (PSEP) di Blok SK433 sedia ada yang terletak di kawasan Miri-Baram.

Berikutan itu, inisiatif ini akan mengaktifkan kembali aktiviti gas di daratan Sarawak selepas lebih 20 tahun tidak aktif, PETROS akan menggerudi pada tahun depan di Miri dan Baram.

Sementara bagi sektor hiliran, Petros kini merupakan pemain utama dalam pasaran gas domestik sebagai pengendali pengedaran gas petroleum cecair (LPG) dengan 65 peratus di pasaran negeri ini.

Sebagai pengumpul gas domestik di bawah Ordinan Gas Domestik Sarawak, PETROS telah mengambil inisiatif dengan menghantar gas kepada isi rumah dan industri di Miri dan Bintulu sejak 2020.

PELAN HALA TUJU GAS PETROS – A GAME CHANGER

Pelan Hala Tuju Gas Sarawak dijangka menjadi pengubah bagi rakyat Sarawak kerana ia merupakan tonggak sokongan utama dalam aspirasi Sarawak untuk menjadi negeri berpendapatan tinggi dan maju.

PETROS menyasarkan untuk mewujudkan empat hab gas di Miri, Bintulu, Samalaju dan Kuching yang akan menyediakan model perkhidmatan Hub and Spoke di seluruh negeri.

LPG Petros hasil penguasaan hak perlombongan gas kepada Kerajaan Sarawak

Ia merupakan sebahagian daripada Pelan Hala Tuju Gas Sarawak yang akan memacu aktiviti ekonomi di negeri ini untuk merealisasikan wawasan 2030, sekali gus memberikan akses kepada bekalan gas dan tenaga bersih mencukupi.

Dalam jangka masa terdekat, PETROS akan melaksanakan projek berikut sebagai sebahagian daripada Pelan Hala Tuju Gas Sarawak:

i) Bagi Pembangunan Hab Miri, iaitu projek pertama ialah loji jana kuasa 400MV bagi memastikan keselamatan tenaga utara Sarawak

ii) Bagi Hab Samalaju, PETROS akan memasang saluran paip gas bersama Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk membina loji jana kuasa ini penting untuk melengkapkan Samalaju sebagai zon industri berat.

Projek-projek ini memerlukan pelaburan sekitar RM6 bilion dan lebih 10 tahun merentasi empat hab, jumlah pelaburan yang diunjurkan adalah RM65 billion termasuk industri nilai tambah hiliran.

STESEN PETROL TIGA DALAM SATU – PETROS

Satu demi satu kemajuan dan pembaharuan dapat dilihat berlaku di negeri Bumi Kenyalang ketika ini.

Tidak cukup dengan pelan hala tuju Petros, negeri terbesar di Malaysia ini juga telah mewujudkan stesen minyak tiga dalam satu.

Cawangan Petros Darul Hana di Kuching Sarawak yang menempatkan stesen pelbagai bahan bakar (multifuel) pertama di Malaysia

Stesen pengisian bersepadu ini meliputi bahan bakar konvensional, (petrol dan diesel), gas hidrogen dan tempat cas tenaga elektrik.

Dikendalikan oleh PETROS, stesen pertamanya telah dibina dan beroperasi pada 2021 di Jalan Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin.

Stesen pelbagai bahan api kedua yang sedang dalam pembinaan pula adalah di Bandar Batu Kawah manakala empat lagi stesen iaitu Sri Aman, Sibu, Bintulu, dan Miri turut dalam kerja pembinaan.

Justeru, Abang Johari telah memuji stesen pelbagai bahan api itu dan menyifatkan ia sebagai satu pencapaian yang menunjukkan Sarawak selangkah ke hadapan dari segi teknologi penjanaan.

PETROS SEBAGAI PENGURUS SUMBER UNTUK PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN TANGKAPAN KARBON (CCUS)

Sarawak yang mempunyai struktur geologi yang sesuai memberikan peluang kepada negeri ini mengembangkan Penggunaan dan Penyimpanan Tangkapan Karbon (CCUS) ke skala dunia memandangkan struktur geologi di negeri ini yang sesuai untuk menyimpan karbon dioksida.

Untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050, pada masa ini Sarawak sedang dalam peralihan secara beransur-ansur daripada bahan api fosil ke bahan berasaskan karbon yang menekankan CCUS ialah pemboleh utama.

Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah kepimpinan Abang Johari baru-baru ini juga  telah mengemas kini Kanun Tanah Negeri dengan memasukkan undang-undang yang mengawal selia peluang perniagaan baharu. Ini menunjukkan CCUS ini adalah sebahagian daripada tanah negeri dan milik Sarawak.

Justeru, syarikat minyak dan gas milik Kerajaan Sarawak, PETROS telah diberi kepercayaan untuk menguruskan sumber CCUS dengan menggunakan kepakaran dan kemahiran teknikal yang mereka miliki dan akan dibantu dengan sokongan yang bakal diberikan oleh kementerian berkaitan.

Peranan lebih besar untuk Sarawak dalam industri minyak dan gas

Industri CCUS ini akan menggalakkan pembangunan rizab gas secara besar-besaran negara, yang mengandungi karbon dioksida iaitu dengan menjamin keselamatan tenaga jangka panjang untuk negara, mewujudkan lebih banyak pekerjaan domestik melalui industri hijau, dan juga menyediakan satu lagi sumber pendapatan kepada Sarawak.

Petronas telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Petros untuk Perjanjian Kerjasama Bersama Penggunaan & Penyimpanan Karbon (CCUS), yang merupakan langkah pertama untuk membolehkan ekonomi hijau.

Sehubungan itu, sebagai sebahagian daripada proses peralihan tenaga, Sarawak komited untuk menjadi hab pengeluar hidrogen di rantau ini dan ini akan melengkapkan fasa seterusnya dalam pelan ini.

Hak Sarawak dalam MA63 dikembalikan

Previous article

DAP does not care about Sarawak, Sabah rights

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published.

More in Home