0

Susulan berlakunya peristiwa yang tidak pernah terjadi sebelum ini, Malaysia dililhat kembali ke landasan yang betul dari segi pemulihan dan terbukti apabila kita kini melangkah ke fasa endemik.

Di sebalik terjadinya keadaan yang menggembirakan itu, tidak dinafikan bahawa kesan terhadap masyarakat masih terasa malah ramai yang diberhentikan kerja menyebabkan sukar untuk menampung kehidupan.

Situasi ini sekali gus menyukarkan golongan berpendapatan rendah untuk mencapai impian memiliki rumah sendiri.

Menyedari perkara itu, Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata pada 25 Mei lalu bahawa kerajaan Sarawak amat menyedari keadaan itu.

“Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kami telah memulakan dengan gigih penyediaan rumah mampu milik kepada semua spektrum kumpulan pendapatan dengan pelbagai skim bantuan kewangan.

“Dengan skim yang disediakan, diharapkan pembeli muda yang membeli rumah kali pertama dapat menikmati manfaatnya.

“Kalau boleh, saya mahu setiap rakyat Sarawak yang mahu miliki rumah pertama mereka, beli pada usia muda,” katanya.

Kerajaan GPS memastikan perumahan mampu milik disediakan untuk kemudahan rakyat

SKIM BANTUAN DEPOSIT PERUMAHAN (HDAS)

Dengan harapan dapat membantu rakyat yang menjadi pemilik rumah, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah mengumumkan Skim Bantuan Deposit Perumahan (HDAS), yang merupakan inisiatif pertama dan satu-satunya ada di negara ini.

Menerusi skim tersebut, kerajaan negeri menyediakan peruntukan berjumlah RM10 juta yang dijangka memanfaatkan kira-kira 1,200 pemilik rumah.

Selain skim tersebut diluluskan di bawah Belanjawan Negeri 2022, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 1 Dis berkata ia akan membolehkan lebih ramai golongan berpendapatan rendah dan sederhana membeli dan memiliki rumah kerana dapat membantu mengurangkan kos bayaran hadapan.

“Ini adalah bukti jelas usaha berterusan kerajaan Sarawak untuk memastikan sebahagian besar rakyat Sarawak dapat membeli dan memiliki rumah mereka,” katanya.

Walaupun skim itu diuruskan oleh Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd (Mutiara), Premier turut mengumumkan pada 30 Sept bahawa pembeli rumah Sarawak kali pertama yang memohon pinjaman daripada bank perdagangan atau institusi kewangan swasta juga layak memohon HDAS.

MEMBANTU GOLONGAN SASARAN MILIKI RUMAH PERTAMA

Skim tersebut bertujuan bagi membantu golongan B40 dan M40 yang layak terutama golongan muda untuk memiliki rumah.

Mereka yang layak menerima bantuan itu diberi 10 peratus daripada harga belian hartanah atau RM10,000, yang mana lebih rendah, untuk pembayaran deposit perumahan tanpa perlu membayar balik.

Di bawah program HDAS, kerajaan negeri menyediakan projek rumah mampu milik seperti Spektra Medium, Spektra Lite dan Spektra Permata serta perumahan Sri Pertiwi, di mana harganya dikawal oleh kerajaan Sarawak sendiri.

Untuk menerima skim tersebut, pemohon mesti memenuhi kriteria tertentu iaitu pembeli rumah kali pertama, tergolong dalam kumpulan B40 atau M40, warga Sarawak berstatus pemastautin tetap, membeli hartanah hanya daripada pemaju berdaftarnya atau ingin membina rumah di atas tanah sendiri, dengan memiliki julat pendapatan isi rumah bulanan RM3,729 ke bawah (B40) dan antara RM3,730 dan RM8,649 (M40).

Model rumah mampu milik yang dilaksanakan di seluruh Sarawak

Selain itu, skim ini hanya terpakai untuk projek rumah mampu milik yang diluluskan oleh kerajaan negeri tertakluk kepada harga maksimum RM300,000.

Seperti yang dilaporkan pada 20 Ogos, setakat ini, Mutiara telah meluluskan 1,330 unit pemohon di bawah skim tersebut. Ia mencatatkan jumlah sebanyak RM74,214,522. Sehingga kini, ia telah mengeluarkan 968 unit berjumlah RM47,073,046.

Berdasarkan perangkaan itu, dapat dilihat bahawa skim tersebut mendapat sambutan baik dalam kalangan rakyat dan kini ramai yang tidak sabar untuk menjadi pemilik rumah.

MENINGKATKAN EKONOMI TEMPATAN

Selain membantu golongan B40 dan M40 membeli rumah pertama mereka, Premier turut menyatakan bahawa skim itu juga akan membantu meningkatkan ekonomi tempatan.

Tambahnya menerusi skim itu, ia berkemampuan memacu sektor pembinaan negeri untuk melihat ke arah membangunkan lebih banyak rumah yang seterusnya akan menarik lebih ramai pembeli.

Model rumah mampu milik yang dilaksanakan di seluruh Sarawak

“Ia juga akan menjejaskan rantaian bekalan dalam industri perumahan dan oleh itu, kami mencipta kekayaan untuk kumpulan orang ini termasuk pembeli rumah yang kini akan mempunyai aset mereka sendiri.

“Jika mereka boleh membeli rumah mampu milik, mereka tidak perlu menyewa. Mereka hanya perlu membayar ansuran bulanan selepas deposit dibayar kerajaan melalui HDAS,” katanya ketika merasmikan HDAS pada 7 Feb.

Model rumah mampu milik yang dilaksanakan di seluruh Sarawak

Long term development strategy boon for Sarawak

Previous article

Hak Sarawak dalam MA63 dikembalikan

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published.

More in Home