0

PEMBANGUNAN di kawasan luar bandar sudah menjadi agenda Kerajaan Sarawak sejak dari dahulu lagi demi memastikan setiap lapisan masyarakat dapat menikmati kemudahan asas dan segala manfaat yang disediakan.

Usaha tersebut bertumpu sepenuhnya kepada meningkatkan kualiti serta memperkasakan lagi pembangunan di kawasan luar bandar, termasuk infrastruktur, utiliti dan komunikasi, pelancongan, sosial serta kemudahan-kemudahan lain-lain.

Di samping memberi keselesaan kepada masyarakat, ia juga sekali gus dapat membantu rakyat untuk meningkatkan tahap ekonomi masing-masing melalui kegiatan harian tertentu dalam kalangan penduduk.

Melihat kepada perkara tersebut, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bertindak untuk melakukan sesuatu bagi memberi impak positif terhadap masyarakat serta kawasan sasaran, khususnya di luar bandar.

Pelbagai perubahan dibawa di Limbang melalui NRDA

Pelbagai perancangan menarik dengan projek berimpak tinggi dilakukan menerusi pelbagai agensi baharu yang telah ditubuhkan sebagai pelincir kepada usaha tersebut. Ia termasuk agensi pembangunan yang terdapat dalam Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) untuk melaksanakan segera projek pembangunan yang diperlukan rakyat.

Antaranya termasuk Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA), Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) dan Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA). 

Selain itu, wujudnya Kawasan Pembangunan Sri Aman (SADA), Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) dan Agensi Pembangunan Bersepadu Betong (BIDA) juga jelas menonjolkan kepimpinan arif Premier Sarawak dalam memastikan sesebuah kawasan di Sarawak dapat dibangunkan.

INFRATRUKTUR BERIMPAK TINGGI

Pada tahun 2017, sebuah agensi bertumpu kepada pembangunan luar bandar ditubuhkan iaitu URDA. Pada mulanya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi telah mencetuskan idea tersebut dan berbincang bersama-sama mendiang Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing.

Hasil perbincangan, ia dikemukakan kepada Abang Johari dan tanpa rasa ragu-ragu, URDA ditubuhkan. Ia merupakan satu langkah ke hadapan untuk membangunkan lagi Sarawak dengan lebih pesat selari dengan hasrat menjadikan negeri ini maju menjelang tahun 2030.

Untuk rekod, URDA meliputi kawasan yang sangat besar merangkumi bahagian Sibu dan Kapit, melibatkan daerah Kanowit, Song, Kapit, Bukit Mabong dan Belaga. Disebabkan pembangunan di kawasan Ulu Rajang itu sudah jauh ketinggalan, tindakan segera diambil bagi membangunkannya.

Susulan itu, sejumlah RM1.5 bilion telah disalurkan kepada agensi pembangunan tersebut sebagai bukti keprihatinan kerajaan GPS untuk membangunkan kawasan luar bandar termasuk penyediaan infrastruktur asas terutama sekali jalan raya dan jambatan.

Antara pelan pembangunan projek SADA

Dengan jumlah peruntukan yang diberikan, sebanyak 43 projek infrastruktur telah dilaksanakan termasuk kemudahan, pelan induk serta pembangunan infra yang lain. 

Sementara, projek yang serupa turut dilakukan di kawasan Limbang dan Lawas di bawah agensi pelaksana NRDA untuk memacu pembangunan negeri ini. Bukan itu sahaja, tumpuan turut diberikan terhadap pembangunan sosioekonomi, sektor pelancongan dan pembangunan usahawan menerusi NRDA.

Manakala, HDA ditubuhkan bagi mempercepatkan pembangunan projek infrastruktur di kawasan tanah tinggi bahagian kawasan tanah tinggi Bahagian Miri. Kedua-dua agensi tersebut juga diperuntukkan sebanyak RM1.5 bilion untuk dimanfaatkan dalam sektor memajukan kawasan utara ini bagi mengimbangi pembangunan di seluruh Sarawak.

Untuk itu, kerajaan GPS memberi penekanan khusus kepada semua agensi pembangunan yang berada dalam RECODA agar segala projek pembangunan yang diperlukan rakyat boleh diteruskan dengan lancar dan segera.

Dalam memastikan projek pembangunan sentiasa berterusan dan mencakupi semua bahagian, kerajaan turut menubuhkan IRSDA pada tahun 2018 untuk merancakkan lagi pembangunan sosioekonomi di kawasan Samarahan.

Betong dan Sri Aman juga bakal mengalami pem:bangunan pesat masing-masing menerusi BIDA dan SADA

Sebanyak 608 projek di bawah agensi tersebut telah diluluskan dengan peruntukan RM1.5 bilion setakat ini, dengan 201 projek siap pada Jun. Pada masa sama, 86 projek masih dalam proses pelaksanaan dan 200 projek dalam perancangan. Manakala, 121 projek lain akan bermula dalam suku ketiga tahun ini dan suku pertama tahun depan.

Antara projek yang telah dibuat termasuk 90 projek penyelenggaraan, 63 projek infrastruktur seperti jalan dan jambatan serta 40 pembangunan jalan ladang.

Sementara, penubuhan SADA pada tahun 2020 berfokus kepada pembangunan kawasan Sri Aman berjaya mendapat kelulusan 48 projek pembangunan dengan kos keseluruhan RM1.18 bilion. 

Menurut pengerusi SADA Datuk Seri Rohani Abdul Karim, keutamaan diberikan kepada pembangunan infrastruktur dalam menghubungkan kawasan-kawasan yang sukar diakses agar dapat mencipta lebih banyak potensi di bahagian Sri Aman.

“Satu hub ekopelancongan berteraskan komuniti selari dengan agenda global Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) akan dibangunkan di kawasan seperti Gunung Lesong, Banting, Seduku dan Batang Ai. Ia diyakini akan memberi impak besar dari segi pembangunan ekonomi di Sarawak secara menyeluruh,” katanya.

Betong dan Sri Aman juga bakal mengalami pem:bangunan pesat masing-masing menerusi BIDA dan SADA

Terbaharu, kerajaan negeri juga telah menubuhkan BIDA sebagai usaha membangunkan Betong termasuk di kawasan DUN Layar, Bukit Saban, Saribas, Krian, Beting Maro, Kalaka, kabong dan Lingga serta sebahagian daripada Parlimen Lingga, Betong dan Lupar.

Sejumlah RM1.5 bilion turut diperuntukan bagi memfokuskan kerja pembangunan termasuk sosioekonomi di kawasan tersebut. Lima tumpuan utama ditekankan di Betong iaitu infrastruktur, utiliti dan komunikasi,  pelancongn, industri pertanian serta sosial dan kemudahan.

PEMBANGUNAN MAMPAN AGENDA UTAMA SARAWAK

Semua langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Sarawak jelas menampakkan komitmen untuk terus memperkasakan pembangunan di kawasan luar bandar demi manfaat rakyat. Penubuhan pelbagai agensi pembangunan ini merupakan satu inisiatif penting agar negeri Sarawak dapat berdiri sama tinggi dengan negara maju lain di dunia.

Antara projek di bawah HDA melibatkan pembaikan infrastruktur jalan

Walaupun usaha tersebut memerlukan masa yang panjang, tetapi ia meletakkan Sarawak di landasan yang betul. Justeru, semua pendekatan yang diambil ini memiliki objektif yang hampir serupa iaitu untuk memajukan pembangunan di kawasan luar bandar agar dapat diselaraskan dengan lebih berkesan, selari dengan hasrat menjadi negeri maju menjelang tahun 2030.

Pada masa sama, usaha-usaha yang telah diwujudkan ini diyakini dapat menarik lebih banyak pelaburan di kawasan-kawasan berikut ekoran keyakinan pelabur terhadap kepimpinan sedia ada, sekali gus meningkatkan kestabilan ekonomi Sarawak.

Antara projek di bawah HDA melibatkan pembaikan infrastruktur jalan

Sovereign wealth future fund to ensure Sarawak’s future

Previous article

Economic stability ensured under GPS

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published.

More in Home